Posted by: langitbiru15 | December 15, 2009

Impian Dato Seri Idris

Menyedari bahawa pendidikan Al-Quran dan duniawi tidak boleh dipisahkan dari pembelajaran persekolahan dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab, Datuk Seri Idris Jusoh membuat tindakan berani dengan menjadikan isteri dan anaknya sebagai model kajian.

Tindakan menjadikan ahli keluarganya sebagai model kajian adalah pengorbanan dan sokongan besar mereka terhadapnya dalam usaha melahirkan Sekolah Imtiaz dalam daerah Besut sebagai perintis sebelum diperkenalkan di seluruh negara.

Tegas bekas Menteri Besar Terengganu itu, semasa mengejar ilmu duniawi, amalan Al-Quran dijadikan pedoman dan bergerak seiringan agar dapat merencanakan graduan ’soleh dan pintar’.

Perjuangan melahirkan Sekolah Imtiaz tidak berakhir di situ sahaja, malahan hasil daripada kandungan yang digunakan diharap dapat juga ditransformasikan ke dalam UMNO jika beliau diberi kepercayaan menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Hasrat tulus Idris itu disampaikan kepada wartawan Sinar Harian MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan jurugambar ABDUL LATIFF ZAKARIA ketika ditemui di Hotel Istana, Kuala Lumpur, kira-kira sejam sebelum pelancaran Sekolah Imtiaz di Keramat, semalam.

SH: Selepas 10 tahun Sekolah Imtiaz diperkenalkan dan mendapat perhatian apa perasaan Datuk Seri.
Idris Jusoh: Hari ini saya sudah mampu tersenyum apabila penubuhan Sekolah Imtiaz di Terengganu menjadi realiti dan terlaksana seperti apa yang direncanakan sebelum ini apatah lagi berjaya menarik Wilayah Persekutuan mewujudkan sekolah yang sama di luar negeri Terengganu dengan memberikan peruntukan RM100 juta dengan dana Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

SH: Bagaimana dengan peringkat permulaan sekolah berkenaan serta perkembangannya kini.
Idris Jusoh: Pada awal penubuhan sekolah berkenaan hanya 28 orang pelajar didaftarkan termasuk salah eorang anak saya dan isteri sebagai guru di situ. Kini sekolah berkenaan semakin berkembang dari masa ke semasa berikutan hinggakan kini jumlah menunjukkan 1600 orang. Pelajar pertama kini kebanyakannya sedang menghabiskan pengajian di peringkat universiti.
Jusoh memikirkan hasratnya menjadikan generasi Ulul Albab.

Jusoh memikirkan hasratnya menjadikan generasi Ulul Albab.

SH: Apakah agenda Datuk Seri dalam pelaksanaan sekolah ini dan dapatkah ia menjadi ikutan dalam perkembangan generasi kelak.
Idris Jusoh: Saya tidak mempunyai apa-apa agenda sepanjang mewujudkan sekolah berkenaan melainkan berhasrat melahirkan generasi Ulul Albab, malahan perkembangan sekolah ini sungguh memberangsangkan di mana kini Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) turut menjadi sekolah pertama melaksanakan program yang sama iaitu MRSM Kota Putera, Besut selain sekolah yang sama di Wilayah Persekutuan.

SH: Apakah perbezaan yang dilaksanakan di sekolah berkenaan yang membezakan ia dengan sekolah lain.
Idris Jusoh: Di sekolah berkenaan mereka diterapkan dengan pembelajaran berterusan, di mana pembelajaran melalui dua saluran iaitu hafazan dan kelas seperti mana Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Cuma apa yang membezakan, mereka diwajibkan menghafal 10 juzuk Al-Quran ketika di tingkatan satu lagi, tingkatan dua meningkat kepada 20 juzuk dan begitulah seterusnya. Hal ini telah terlaksana sejak 10 tahun lalu dan ia bukanlah hanya perancangan teori lagi. Terengganu telah melaksanakannya.

SH: Difahamkan sekolah berkenaan menekankan gabungan tiga faktor utama yang menjadi landasan. Bolehkah Datuk Seri perjelaskan lagi kepada umum.
Idris Jusoh: Boleh, kita menggabungkan tiga ‘disiplinary’ iaitu, Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Suka saya menjelaskan ini iaitu kita berlandaskan Al-Quran sebagai panduan, manakala aspek dari segi sains tidak harus ditinggalkan serta perlu kreatif dan inovatif selepas mendapatkan sesuatu. Gabungan semua itu disatukan dalam sekolah berkenaan. Contohnya, ketika hendak solat, masyarakat perlu belajar juga tentang Geografi bagi menentukan arah kiblat termasuk juga dengan sebarang pembaharuan yang perlu dilakukan.

SH: Selepas tiga penggal menjadi MT, kenapa Datuk Seri masih lagi menawarkan diri untuk bertanding lagi.
Idris Jusoh: Oh tujuan saya menawarkan diri bertanding MT adalah bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu, di samping itu saya cuba akan menerapkan nilai-nilai yang terdapat dalam penekanan di sekolah itu juga diaplikasikan ke dalam parti. Saya percaya jika nilai itu ada, maka lahirlah UMNO sebagai satu parti yang bersih dan diterima kembali. Pelaksanaan itu diyakini diterima umum kerana apa yang dilakukan itu oleh orang UMNO sendiri dan jika sebaliknya kenapa orang UMNO juga yang mengembangkan sekolah itu ke Wilayah Persekutuan hari ini dengan bajet begitu besar sekali. Apa yang saya sedari, peringkat ini masih belum ada pencetus berhubung hal ini bagi dilaksanakan di dalam parti.

SH: Banyak cakap-cakap orang mengatakan menjadi MT adalah mahukan kuasa, sejauh mana pandangan Datuk Seri tentang hal itu.
Idris Jusoh: Senyum… Saya tidak merasakan itu sebenarnya, tetapi bagi saya kembali ke MT adalah bagi menyelesaikan tanggung jawab di mana boleh dikirakan sebagai ‘rebranding’. Saya menyasarkan pendidikan Ulul Albab sebagai yang pertama dan Gelombang Biru kedua. Allah dalam ayat Al-Quran pertama diturunkan berbunyi Iqra bermaksud bacalah, ini bererti pendidikan hendaklah didahulukan melebihi segala-galanya. Sebab itulah, kini selepas saya menerajui Majlis Amanah Rakyat (MARA) pendidikan diutamakan mengatasi perkara lain. Selepas itu barulah politik UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini merupakan sumbangan saya kepada parti dan masyarakat.

SH: Peralihan pucuk pimpinan sudah tidak lama lagi, dalam usaha memulihkan parti, apakah yang perlu Datuk Seri sarankan kepada pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Idris Jusoh: Apa yang boleh saya katakan Datuk Seri Najib perlu menjadi ‘Man of Action’ yang boleh menjadi ikutan kepada pimpinannya kelak. Beliau perlu memilih orang-orang yang jelas menunjukkan kebolehan kerja, bersih dari sebarang permasalahan dan telus. Ini suka saya gabungkan menjadi ‘ACT’ iaitu bermaksud ‘able’, ‘clean’ dan ‘transperent’. Dengan adanya semua itu, pembantu Datuk Seri Najib akan lebih berintegritinya dan segala kekotoran yakni boleh dihapuskan bagi menambah keyakinan masyarakat. Di samping itu, sikap terlalu mementingkan kebendaan dan mengatakan masuk UMNO untuk menjadi kaya perlu dikikis pemimpin dan sentiasa amanah serta jujur dalam menjalankan tugas. Persepsi buruk akan terubah dengan sendiri apabila ciri-ciri ACT itu ada dalam setiap pemimpin masa depan.

SH: Datuk Seri, apakah sasaran terakhir yang disasarkan dengan pelaksanaan perkara ini.
Idris Jusoh: Saya sebenarnya sedang menjadikan Terengganu sebagai satu Tamadun Islam yang baru di negara ini. Kenapa tempat lain wujud tapi kita tidak melaksanakan di negara kita. Jika disedari sebenarnya Terengganu sedang membina tamadun sendiri, misalnya pernah kita melihat di dunia ini negeri manakah yang ada kanak-kanak yang berusia enam tahun khatam Al-Quran serentak seramai 200 orang melainkan Terengganu dan negeri ini jugalah yang mengajar sains dan Al-Quran serentak. Kebanyakan mereka melihat dari skop yang kecik tanpa memandang secara luas, tambahan juga ada hanya mengkritik tanpa melihat jelas. Saya sangat yakin kita boleh membina tamadun. Kini struktur tamadun telah dibina selain mendapat peperiksaan yang cemerlang dan Al-Quran. Ini tidak termasuk lagi program kepada ibu mengandung yang perlu membaca Al-Quran bagi melahirkan insan Ulul Albab.
Sumber: Sinar Harian

Advertisements

Responses

  1. This is Wan Musa trying to tag a link to you. May I.

  2. My fb is Putera Mahamiru.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: