Posted by: langitbiru15 | December 10, 2009

Kesan Pertunangan

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Feqh al-Islami wa-Adillatuh:

“Pertunangan hanyalah semata-mata suatu perjanjian untuk berkahwin. Ia bukanlah ikatan perkahwinan. Sesungguhnya perkahwinan tidak akan sempurna kecuali dengan akad yang telah diketahui umum.

Maka dengan ini, pasangan yang sedang bertunang masih dianggap sebagai ajnabi/asing antara satu sama lain. Atas dasar ini, tidak dibenarkan seorang lelaki melihat tunangnya melainkan apa yang telah diharuskan oleh syarak sahaja iaitu muka dan dua tapak tangan….”

Kita dapat melihat banyak terjadi pada zaman ini, di mana seorang muslim yang tanpa segan silu menganggap bahawa bahawa tali pertunangan telah menghalalkan sebahagian hukum syarak. Oleh kerana itu mereka tanpa ragu-ragu sering bertandang ke rumah tunangnya dengan tujuan untuk membawanya keluar berjalan-jalan, bersiar-siar, berkelah atau menonton wayang. Bahkan golongan ibubapa membenarkan anak-anak perempuan mereka di bawa oleh tunang mereka tanpa ada sedikitpun perasaan cemburu dan khuatir akan berlakunya kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini seperti zina dan sebagainya. Mereka hanya berpegang kepada hujah yang mereka cipta sendiri, iaitu:

“Tak mungkin anak aku sanggup menconteng arang ke muka orangtuanya…”

Sedangkan mereka telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana berleluasanya berlaku kejadian hamil sebelum nikah. Sebelum berlaku perkara terkutuk itu, ibubapa mereka berhujah persis sebagaimana yang digunakan oleh ibubapa yang belum terkena….

Mereka ini adalah golongan yang terlalu jahil dan buta terhadap agamanya sendiri…

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa pada landasanNya..InsyaAllah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: